Saturday, November 1, 2008

Serbia usir Duta Malaysia kerana iktiraf Kosovo

BELGRADE 1 Nov. – Kementerian Luar Serbia hari ini mengesahkan Duta Malaysia ke sini telah diusir kerana Kuala Lumpur telah mengiktiraf kemerdekaan Kosovo.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, Duta Malaysia, Saw Ching Hong diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara ini.

Pengusiran Duta Malaysia itu dibuat selepas kerajaan turut mengusir Duta Montenegro dan Macedonia kerana alasan yang sama.

Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan pada Februari lalu dengan mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan negara Kesatuan Eropah.

Serbia bagaimanapun tidak mengiktiraf tindakan Kosovo itu.

Ia telah membawa kes tersebut ke mahkamah antarabangsa bagi mendapatkan pengesahan sama ada kemerdekaan Kosovo sah atau sebaliknya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home