Saturday, November 1, 2008

Ambil langkah cegah kemelesetan

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat hari ini mencadangkan agar langkah- langkah khusus diambil bagi memastikan negara tidak terjerumus ke dalam kancah ekonomi global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan sudah pun mengatur langkah-langkah yang difikirkan bersesuaian ke arah itu.

"Langkah-langkah ini adalah untuk mengelakkan ekonomi kita daripada menghadapi tekanan teruk yang boleh melemahkan kita," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di sini hari ini.

Menurut beliau, timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan akan mengumumkan beberapa langkah tersebut ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 di Parlimen Selasa ini.

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan beberapa langkah awal untuk membendung kemelesetan termasuk penyuntikan dana sebanyak RM5 bilion melalui Valuecap Sdn. Bhd. (Valuecap).

Perdana Menteri menambah, langkah-langkah khusus itu perlu agar negara benar-benar bersedia sekiranya kesan kemelesetan ekonomi global turut melimpah ke dalam sistem ekonomi tempatan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home