Tuesday, November 4, 2008

Pembantu Osama dipenjara seumur hidup

WASHINGTON 4 Nov. - Seorang rakyat Yaman yang ditahan di Teluk Guantanamo, kerana dituduh menjadi pembantu Osama bin Laden dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh tribunal tentera Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Pentagon berkata, Ali Hamza Ahmad Al-Bahlul, 39, yang juga didakwa menjadi setiausaha media kepada pemimpin al-Qaeda itu didapati bersalah pada Jumaat lalu oleh panel tentera atas tuduhan melakukan konspirasi membunuh, melalukan keganasan dan membekalkan bantuan kebendaan untuk tujuan keganasan.

Pegawai daripada Jabatan Pertahanan AS, Komander Jeffrey Gordon berkata, keputusan itu merupakan perbicaraan kedua ke atas "perang terhadap keganasan" melibatkan tahanan Teluk Guantanamo di bawah sistem yang direka khas oleh suruhanjaya tentera yang dikritik hebat oleh pejuang hak asasi sivil dan peguam disebabkan tidak adanya perlindungan menyeluruh terhadap hak-hak pihak tertuduh.

Ali Hamza bertindak memulaukan perbicaraan itu dan mengarahkan peguam tentera yang dilantik oleh mahkamah supaya berdiam diri sepanjang perbicaraan, kata Jamil Dakwar yang menjadi pemerhati perbicaraan untuk Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika.

"Begitu malang sekali, sistem ini begitu lemah dan tidak menampakkan keadilan dalam proses perbicaraan menyebabkan keputusan ini diselubungi kekaburan.

- AFP

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home