Saturday, November 1, 2008

Ibu saudara Obama tinggal secara haram di Boston

WASHINGTON 1 Nov. - Ibu saudara Barack Obama yang berasal dari Kenya dilaporkan tinggal secara haram di negara ini selepas pihak imigresen menolak permohonannya untuk mendapatkan perlindungan politik empat tahun lalu.

Zaituni Onyango, 56, yang lebih dikenali sebagai "Makcik Zeituni" dalam memoir Obama, kini tinggal di kawasan kediaman awam di Boston.

Dia dilaporkan telah diperintah oleh seorang hakim imigresen supaya meninggalkan negara ini selepas permohonan mendapatkan suaka politik ditolak.

Perkara itu didedahkan oleh seorang ahli keluarganya kepada AP lewat malam semalam dan disahkan oleh dua lagi sumber, termasuk seorang pegawai dari pejabat undang-undang Persekutuan.

Pendedahan itu mungkin turut didalangi oleh pejabat Presiden George W. Bush atau kem John McCain.

Isu Zaituni tidak menjadi perbincangan di kalangan umum, malah tidak disentuh oleh Obama sepanjang kempen beliau.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen, Kelly Nantel berkata, kerajaan tidak boleh memberi komen mengenai kes imigresen atau status warganegara seseorang.

Pendedahan mengenai Zaituni dibuat sehari selepas Obama mengesahkan kepada majalah Times bahawa wanita yang tinggal di selatan Boston itu merupakan ibu saudara dari sebelah bapanya.

Tidak dapat dipastikan bagaimana Zaituni layak menduduki rumah awam tersebut sungguhpun telah diarah meninggalkan negara ini.

- AP

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home