Saturday, November 8, 2008

Pengundi Islam marah Obama dikecam

CHICAGO 7 Nov. – Khabar angin yang menyatakan Barack Obama seorang Islam serta bersekongkol dengan ekstremis Islam telah menimbulkan kemarahan penduduk Islam yang memberikan sokongan padu kepada beliau pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) kali ini.
Berdasarkan data pilihan raya, Obama telah meraih antara 67 hingga 90 peratus undi pengundi Islam.
“Proses penjernihan semula imej penduduk Islam hanya berlaku pada pertengahan Oktober lepas apabila bekas Setiausaha Negara, Collin Powell yang menyatakan sokongan kepada Obama, menyelar usaha pihak tertentu yang menyatakan Obama sebagai seorang Islam.
“Adakah sesuatu yang salah dengan menjadi seorang penganut Islam di negara ini.
“Jawapannya adalah tidak dan ini bukanlah sesuatu yang biasa berlaku di negara ini,” kata Powell dalam satu temuramah dengan program televisyen NBC, Meet The Press.
Menurut seorang penganalisis Islam dari Gallup Center for Muslim Studies, Ahmed Younis, kenyataan Powell itu telah meredakan kemarahan penduduk Islam.
Obama yang mempunyai nama Islam di tengah-tengah namanya iaitu Hussein telah dituduh sebagai seorang yang beragama islam dan mengamalkan ajaran Islam memandangkan bapanya adalah seorang Islam dan pernah tinggal dan bersekolah di Indonesia.
Obama, bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menyatakan beliau adalah penganut Kristian sejati.
– Reuters

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home